Sunday, August 5, 2012

Asas Pembinaan Piramid




Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia terhadap asas pembinaan piramid.

Didalam surah al-qasas ayat ke 38

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qosas: 38).

Semua persoalan terhadap pembinaan piramid ini terjawab 1400 tahun dahulu dan baru di akui oleh para saintis masa kini. ini membuktikan bahawa al-quran adalah mukjizat yang mengandungi pelbagai ilmu. kita sebagai orang islam patut bersyukur kerana dianugerahkan al-quran untuk panduan hidup kita. ilmu yang ada di dalam al-quran masih banyak dan perlukan kajian untuk mengetahuinya.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di dunia adalah piramid Giza yang dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Bagaimana ketulan batu piramid dihasilkan?

Tanah liat merupakan asas kepada pembinaan piramid. lumpur akan dicampurkan dengan kapur dan dipanaskan dengan wap air sehingga terbentuk campuran tanah liat. tanah liat tadi akan dituang ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. tanah liat diadun mengikut saiz yang dikehendaki dan dibakar.

Kajian yang dilakukan oleh prof. davidovits dengan mengunakan mikroskop electron membuktikan bahawa batu yang terdapat di dinding piramid di perbuat daripada lumpur. Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.

No comments:

Post a Comment