Sunday, August 12, 2012

Kisah Kehidupan - Keseronokan Beribadah



Diceritakan pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat yang baru sahaja berkahwin. beliau seorang yang sangat suka beribadah terutamanya solat malam dan pemuda ini sangat istikomah dalam setiap ibadatnya. Pada malam pertama perkahwinannya beliau meminta izin kepada isterinya untuk solat 2 rakaat. isteri nya memberi laluan kepada suaminya untuk melakukan ibadah tersebut. 

Pemuda tersebut memulakan solatnya dengan bertakbir dan setelah selesai sahaja solat kedegaran azan subuh telah masuk. Di perhatikan bahawa isterinya telah menunggu semalaman kerana taat nya si isteri tersebut. Pada malam kedua pemuda ini sekali lagi meminta izin kepada isterinya untuk solat 2 rakaat dan si isterinya membeikan laluan kepada suaminya. Sekali lagi pemuda ini telah solat dan selesai solatnya sebelum masuknya waktu subuh. 

Pada malam ketiga si suami ini sekali lagi meminta izin kepada isterinya dan isterinya memberi keizinan dengan penuh rasa kedukaan. Ke esokkan harinya si isteri telah megadukan masalahnya kepada Nabi Muhammad saw dan nabi telah memangil sahabatnya ini untuk menerangkan apa yang terjadi. Pemuda ini memberitahu bahawa setiap kali dia ingin memninta izin kepada isterinya dia berasa sangat bersalah tetapi setelah dia memulakan solatnya dia berasa sangat seronok. Dia sedar isterinya sangat cantik tetapi sewaktu dia melakukan solat dia melihat ramai bidadari yang cantik-cantik dan dia dapat merasai pelbagai kemanisan di dalam solat yang dia lakukan menyebabkan dia seronok dalam beribadah kepada Allah swt. pemuda ini menegaskan bahawa dia hanya mahu istikomah didalam setiap ibadah yang dia lakukan.

Setelah mendegar semua penjelasan pemuda tadi, Nabi Muhammad saw menyuruh pemuda ini memberi nafkah kepada isterinya dengan membahagikan masanya. 

No comments:

Post a Comment