Sunday, August 12, 2012

Kisah Pengajaran - Malam Lailatul Qadar


Sejarah malam Lailatul Qadar

Nabi Muhammad saw telah mengadu kepada Allah swt akan umur umatnya yang pendek dan semestinya umur yang pendek ini tidak dapat menandigi amalan umat-umat terdahulu. umur umat terdahulu panajang dan ada kala nya melebihi 1000 tahun manakala umat Nabi Muhammad saw hanya sekitar 60 hingga 70 tahun sahaja. dengan kasih sayang Allah swt, Allah swt telah mengurniakan satu malam kepada umat Nabi Muhammad saw yang menyamai dengan 1000 bulan. Malam ini dikenali sebagai malam Lailatul Qadar yang hanya terjadi diantara 10 malam terakhir bulan ramadhan. Nabi juga telah memberitakan bahawa ia terjada pada malam ganjil iaitu sama ada pada malam 21, 23,25,27 atau 29 ramadhan. 

Peristiwa malam Lailatul Qadar ini berkaitan dengan seorang lelaki dari bani israil yang berjihad ke jalan Allah swt selama seribu bulan atau 83 tahun. Lelaki itu bernama Syam'um yang berperang dengan musuh selama 1000 bulan dan menyebabkan orang kafir pada ketika itu gerun kepadanya. orang kafir mengunakan pelbagai strategi untuk megalahkannya termasuk bersubahat dengan isteri nya.

Orang kafir telah menawarkan sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas seandainya si isteri lelaki ini berjaya mengikat suaminya. Si isteri ini mengikat suaminya dengan tali dan berjaya dilakukan. sebaik sahaja suaminya nbangun dari tidur dan mengerakkan tubuhnya maka semua tali yang mengikatnya terputus dengan mudah. bertanyalah lelaki ini kepada isteri nya akan megapa dia berbuat begitu. Si isteri ini menjawab bahawa dia sengaja mahu menguji kekuatan suaminya. 

Si isteri ini melapurkan apa yang terjadi kepada orang-orang kafir ini lalu si isteri ini diberi raitai besi untuk mengikat suaminya. perkara yang sama dibuat oleh isteri lelaki ini dan sebaik sahaja lelaki ini terjaga dari tudir dan mengerakkan badan nya rantai besi yang mengikat badannya terputus dengan mudah. dan sekali lagi si isteri ini melapurkan kepada rang-orang kafir ini.

semasa didalam perbincangan mereka, muncullah iblis yang menyamar sebagai manusia lalu mencadangkan kepada isteri lelaki ini untuk bertanya apa yang boleh mengikat tubuh suaminya. lalu si isteri lelaki ini balik dan bertanya kepada suaminya dan jawab lelaki ini dengan jujurnya dia boleh diikat dengan mengunakan janggut yang terdapat pada dagunya. Syam'um mempunyai lapan helai janggut yang sangat panjang sehingga ke tanah dan apabila dia tidur maka isteri lelaki ini telah mengikatnya kaki dan tangan nya mengunakan 8 helai jangut tersebut. setelah berjaya orang kafir telah membawa lelaki ini ke tempat penyeksaan dan peyembelihan yang amat luas dan tinggi satiap tiang disitu adalah 400 hasta.

Syam'um disiksa dengan kedua telinga dan bibirnya dipotong. lalu berdoalah lelaki ini kepada Allah swt agar diberi kekuatan untuk memutuskan ikatan dan merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah swt telah mengkabulkan doanya dan syam'um berjaya membuka ikatan. tempat seksaan itu berjaya dirobohkan dan ia menghempap semua orang kafir dan hanya syam'um sahaja yang terselamat dari runtuhan itu .

No comments:

Post a Comment