Sunday, August 5, 2012

Rahsia Solat Di Awal Waktu





Solat bukan sahaja melambangkan tiang agama atau kekuatan bagi umat islam tetapi solat mempunyai makna yang tersendiri dimana setiap waktu solat yang ditetapkan sebenarnya merupakan perubahan tenaga alam yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam sehari. Perubahan tenaga ini dapat dilihat dari perubahan warna alam.


Solat Subuh.


Pada wakt subuh alam kita berada dalam spektrum cahaya berwarna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma badan kita. Spektrum cahaya ini dapat menjadi penawar kepada beberapa penyakit dan dapat merangsang otak untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Tidak hairan la jika ia dikaitkan dengan kemurahan rezeki kepada sesiapa yang bangun awal pagi kerana telah badan kita lebih bertenaga untuk berkerja. Spektrum cahaya ini hanya dapat diserap oleh badan ketika badan kita sedar dan bergerak.


Solat dhuha


Spektrum cahaya pada waktu ini bertukar menjadi hijau.


Solat Zohor.


Apabila masuknya waktu zohor spektrum cahaya telah bertukar kepada warna kuning, spektrum cahaya ini bersamaan dengan frekuensi yang terdapat didalam perut dan hati kita. Ia dapat membantu sistem penghadaman dan dapat menjaga hati. 


Solat Asar.


Spektrum cahaya pada waktu ini telah bertukar menjadi warna oren. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih buruk lagi apabila di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah atau seseorang itu dalam keadaan tido. Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Solat Maghrib.


Spektrum cahaya pada waktu ini telah bertukar kepada warna merah. Pada waktu ini spektrum cahaya mengalami interferens atau pembelauan cahaya yang akan membuatkan mata kita keliru. Hasil pembelauan ini dapat memberi kesan kepada mata, otot, saraf dan tulang. Disebabkan itu kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu ini disebabkan faktor kesihatan.


Solat Ishak.


Pada waktu ini spektrum cahaya berwarna indigo dan memasuki fasa kegelapan. Spektrum cahaya ini dapat mempengaruhi pengawalan otak seseorang. Badan kita akan menyerap tenaga ini dengan lebih banyak apabila kita selakukan solat. Tidor dalam spektrum cahaya ini dipangil sebagai tidor delta dimana otak kita berada dalam keadaan rehat.

Pada waktu tegah malam spektrum cahaya bertukar menjadi warna putih dan kemudia merah jambu. Pada 2 per 3 malam spektrum cahaya bertukar menjadi warna ungu dan ia bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan sebagainya. Badan kita akan menyerap tenaga ini apabila kita sedar pada waktu ini. Ini lah waktu yang sesuai untuk orang islam untuk berqiamullail. 


No comments:

Post a Comment