Sunday, August 5, 2012

Asal-usul Besi Di Dunia


Di dalam surah Al-hadiid (57) ayat ke 25.

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ (25)

“Dan kami turunkan besi padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia”

Perkataan anzalnaa yang membawa maksud kami turunkan/atau kami menghantar. Ayat ini membawa maksud bahawa besi yang kita gunakan adalah besi yang dihantar kebumi dan bukan dihasilkan di bumi. Saintis pada masa kini membuktikan bahawa sistem suria kita tidak mampu menghasilkan struktur atom seperti besi ini. Struktur besi dihasilkan apabila sesuatu bintang mencapai kepanasan tertentu sehingga beratus juta darjah dan saiz bintang berkali ganda lebih besar daripada matahari.

Apabila bintang itu mencapai suhu yang melampaui ketahanannya ia akan meletup dan peristiwa ini dipangil sebagai nova atau supernova. Akibatnya meteor-meteor yang mempunyai unsur besi bertaburan di seluruh angkasa. Meteor ini melalui bumi berjuta tahun dahulu dan kemudia di jatuh kebumi.

Penemuan mengenai asal-usul besi ini telah dikhabarkan di dalam al-quran 1400 tahun dahulu dan telah dibuktikan pada zaman modern ini. Al-Quran juga telah memberitahu kita mengenai struktur besi yang dikenali sebagai Ferum.

Nilai numerik bagi nama surah al-hadid

Alif = 1
Lam = 30
Ha = 8
Dal = 4
Ya = 10
Dal = 4

Jumlah kelseluruhan adalah 57 dan ini bersamaan dengan nilai isotop bagi besi iaitu ferum 57. Nombor proton bagi besi pula berada dalam perkataan hadid = 26. Maka terbuktilah kebenaran tentang apa yang dihnyatakan didalam al-quran kepada sesiapa yang mengkajinya.


No comments:

Post a Comment