Saturday, August 11, 2012

Kisah Kehidupan - Menantu Cakap Arab



Di sebuah kampung tinggal lah seorang pemuda, pemuda ini teringin sangat nak berumah tangga. kehidupan pemuda  ini hanya sebagai nelayan. suatu hari ketika sedang menjala ikan, tiba-tiba hari hujan. pemuda ini naek lah kedarat dan berteduh di sebuah pondok. Di bawah pondok tersebut pemuda itu terdegar sepasang suami isteri tegah bersembang.

Abang, anak perempuan kita ni dah besa, elok lah kalau kita kawin kan sahaja dia. umur dia pun sudah 20 lebih. sesuai sangat dah rase nye. kalau kita nak cari menantu kita cari lah yang boleh cakap arab. boleh kita belajar sekali.

Dengar sahaja perbualan tersebut lelaki itu balik dan terus bercerita kepada kawannya. mereka berpakat untuk memikat hati si ayah perempuan itu. maka ke esokkan hari nya kedua pemuda itu pun pergilah menjala berdekatan dengan pondok keluarga perempuan itu. mereka pun berpura-pura bercakap arab.

pemuda A : ya ambiya, lu tabarjala (lu tebar kan jala)
(kemudian lelaki tebarkan jala)
pemuda B :  walekakkbatu (lekat kat batu)
pemuda A : salamatun (menyelam la)
pemuda B : wa takulbaya (gua takut buaya)
pemuda A : tarikina fill jahannam (tarik la sampai jahanam)

Tidak lama kemudia pergilah pemuda tadi kerumah keluarga perempuan itu untuk meminang. lalu ditanya ayah perempuan itu, kamukah yang menjala hari tu yang pandai cakap arab. dengan rendah dirinya pemuda itu berkata, ya saya, sikit-sikit cakap arab tu boleh la.

Tidak lama selepas mereka kawin, sewaktu duduk makan bersama bertanyalah ayah perempuan ini. sayur timun ni dalam arab orang pangil ape?. tergamam lah pemuda ini kerana dahulu dia menipu sahaja. maka untuk cover balik pemuda ini berkata. senang sahaja saiyun mutakallimun (sayur timun).



No comments:

Post a Comment