Saturday, August 11, 2012

Kisah Pengajaran - Jangan Menilai Orang Dari Segi Luaran



kisah imam ahmad dan imam shafie

kisah ini saya dengar semasa dengar tazkirah. kisah mengenai anak perempuan kepada imam ahmad. satu hari imam shafie datang ke rumah imam ahmad dan anak perempuan kepada imam ahmad mengetahui dan ingin melihat sendiri dengan lebih dekat amalan yang imam shafie. pada satu malam tu singgah la imam shafie di rumah imam ahmad, setiap pergerakan imam shafie diperhatikan oleh anak perempuan imam ahmad ini. tiba sahaja waktu makan diperhatikan bahawa imam shafie makan 4 - 5 roti sedangkan ayah nya hanya makan roti tidak sampai separuh pun. maka terasa kekuatiran di dalam diri anak perempuan imam ahmad ini.   setelah selesai semuanya masuklah imam shafie untuk tidur, tetapi stiap pergerakan imam shafie ini masih lg diperhatikan. anak perempuan imam ahmad ini mendapati bahawa apabila sampai sahaja 2/3 malam imam shafie tidur dan tidak bangun untuk berqiamulai seperti ayahnya dimana imam ahmad terkenal dengan qiamulainya yang kadang-kadang boleh menghampiri 100 rakaat tetapi apa yang diperhatikan imam shafie terus tidur sehingga masuknya waktu subuh. yang palaing mengejutkan sekali adalah apabila masuk sahaja waktu subuh imam shafie bangun dan terus sembahyang solat subuh.

anak imam ahmad ini berasa sangat curiga dengan apa yang dilakukan oleh imam shafie lantas dia megadukan hal ini kepada ayahnya. apabila mengengar sahaja cerita yang disampaikan oleh anaknya, imam ahmad berpesan bahawa jangan menuduh atau menilai sesuka hati tanpa usul periksa. imam ahmad bertanya kepada imam shafie mengenai apa yang anknya ceritakan. apabila selesai sahaja imam ahmad becerita, imam shafie dengan serta merta mengakui bahawa apa yang dikatakan oleh anaknya adalah betul lalu imam syafie menceritakan mengapa dia berbuat demikian.

imam syafie megaku bahawa dia makan banyak seperti biasa kerana sangat meyakini bahawa makanan yang dibawa kepadanya merupakan makanan yang halal dan sudah pasti makanan itu tidak datang daripada sumber yang meragukan kerana di beri oleh imam ahmad. makanan yang halal seperti ini merupakan penawar segala penyakit dan di sebabkan oleh itu imam syafie makan lebih daripada biasa untuk memberi penawar kepada jasadnya. pada waktu malam, sebenarnya dia tidak tido dan berfikir sepanjang malam, sepanjang waktu berjaga, imam shafie telah menyelesaikan 70 masalah berkaitan dengan agama. bukankah meyelesaikan masalah orang ramai itu lebih besar ganjarannya disisi Allah swt kerana telah membantu manusia lain sedangkan solat quimulai hanya untuk diri sendiri. masuk sahaja waktu subuh imam shafie terus sahaja solat kerana disebabkan dia berjaga sepanjang malam dan wuduknya masih lg terjaga.


No comments:

Post a Comment