Sunday, August 5, 2012

Rahsia Angka Di dalam Al-Quran



Al-Quran merupakan mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan merungkumi semua aspek kehidupan. Ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran jika ditafsirkan masih belum menyamai 10 lautan. Al-Quran disusun dengan teliti setiap ayat, bilangan huruf, juz dan hizb memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai makna tersendiri.

Kandungan Al-Quran
Surah= 114
Ayat= 6236
Juz= 30
Hizb= 60
Huruf= 323 671

Sesetengah pendapat megatakan ayat didalam Al-Quran adalah 6666 dan terdapat pendapat- pendapat lain. Jumlah ayat 6236 ini di ambil dari ayat di dalam Al-Quran yang kita gunakan masakini. Perbezaan pendapat ini disebabkan oleh sebahagian sahabat mengangap bismillah sebahagian daripada surah. Perbezaan di dalam menghitung huruf-huruf “Muqotto’ah” (terpotong) seperti ‘ ALIF LAM MIM “ , “ YA SIN “, “ KAF HAM YA ‘AIN SOD “ dan seumpamanya. Kerana adanya huruf-huruf muqotto’ah itu dihitung sebagai satu ayat, dan ada pula yang sebaliknya dan pelbagai kaedah yang digunakan untuk menghitung ayat didalam Al-Quran.

Angka-angka yang terdapat didalam Al-Quran mempunyai makna yang tersendiri dan sebahagiannya masih belum dapat ditafsir oleh manusia pada masa kini.

1. Solat – 5 kali
2. Dunia - 115 Kali : Akhirat – 115 Kali
3. Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali
4. Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali
5. Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali
6. Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali
7. Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :
8. Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali
9. Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
10. Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali
11. Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali
12. Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali
13. Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali
14. Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali
15. Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali
16. Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali
17. Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali
18. Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali
19. Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali
20. Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali
21. Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali
22. Iblis - 11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali
23. Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali
24. Penawar- 4 kali : Muhammad - 4 kali
25. Sajada - 34 kali : 34 =Jumlah sujud dalam solat
26. Muhammad/Ahmad - 5 kali : Selawat - 5 kali
27. Dirikan solat - 17 kali : 17=Jumlah rakaat solat
28. Perang - 6 kali : Tawanan - 6 kali
29. Minggu - 7 : 7 hari = seminggu
30. Jam (saah) - 24 kali : jumlah jam dalam sehari

Kesemua angka mempunyai makna yang tersendiri dan perlu ditafsir. Al-Quran merupakan mukjizat dan kita wajib mempercayai bahawa setiap sesunan ayat di dalam al-qurab, huruf dan sebagainaya mempuntai makna tersendiri.

“Barangsiapa yang tidak mempercayai walaupun satu huruf di dalam Al-Quran, maka terbatallah akidah seseorang itu.”

Ini membuktikan bahawa setiap huruf dan setiap susunan didalam Al-Quran mempunyai makna.

No comments:

Post a Comment